Terakhir dikemas kini pada 18 Jun 2025
Terakhir dikemas kini pada 18 Jun 2025
Halaman Ini
Halaman ini memperincikan dan/atau memberikan pratonton kemas kini kepada pengguna PayPal di Asia Pasifik, negara Eropah dan Amerika Latin tertentu, Timur Tengah dan Afrika, tentang perubahan ke atas Perjanjian Pengguna PayPal atau perjanjian, polisi atau pernyataan dalam talian lain yang memerlukan notis pemberitahuan. Anda juga boleh menyemak notis Pengemaskinian Polisi Terdahulu. Ambil perhatian bahawa perubahan tambahan boleh dibuat kepada perjanjian yang prapandang pada atau sebelum tarikh kuat kuasa yang disenaraikan, dengan syarat keperluan notis yang berkenaan dipenuhi.
Perubahan Akan Datang
Kami sedang membuat perubahan kepada perjanjian tertentu (disenaraikan di bawah) yang mengawal hubungan anda dengan PayPal. Perubahan ini akan berlaku secara automatik pada tarikh berkuat kuasa yang sepadan yang ditunjukkan di bawah.
Tindakan Diperlukan
Sila semak notis di bawah dengan teliti dan biasakan diri anda dengan perubahan yang akan datang. Dengan meneruskan penggunaan perkhidmatan kami selepas perubahan berkuat kuasa, anda bersetuju untuk terikat dengan perubahan ini. Jika tidak, tiada tindakan lanjut diperlukan daripada anda untuk menerima perubahan tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk menolak perubahan tersebut, maka anda perlu menutup akaun PayPal anda sebelum tarikh kuat kuasa yang berkenaan, seperti yang diterangkan dalam Perjanjian Pengguna PayPal.
Notis
Dikeluarkan: 18 June 2025
Pindaan ke atas Yuran Peniaga PayPal
Berkuat kuasa pada 18 Jun 2025:
Semak Yuran Peniaga PayPal yang telah dikemas kini
Pindaan kepada Perjanjian Perkhidmatan Pembayaran Kad Dalam Talian PayPal Singapura
Berkuat kuasa pada 18 Jun 2025:
Semak Perjanjian Perkhidmatan Pembayaran Kad Dalam Talian PayPal Singapura yang dikemas kini